Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Institusi pendidikan swasta dikecualikan levi latihan setahun mulai 2026
  • SEMASA

Institusi pendidikan swasta dikecualikan levi latihan setahun mulai 2026

Utusan Sarawak 14 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ucapan pada Majlis Kemuncak dan Perasmian Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Kerajaan buat kali pertamanya mengumumkan pengecualian pembayaran levi latihan kepada semua institusi pendidikan swasta selama setahun bermula 1 Januari 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengecualian itu meliputi semua institusi seperti prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan vokasional, institut pendidikan tinggi dan institusi latihan umum.

“Setelah mendengar banyak pandangan daripada institusi pendidikan dan latihan (swasta), kerajaan MADANI cari penyelesaian sebaiknya untuk latih anak-anak kita. (Pengecualian) ini untuk membolehkan mereka beri tumpuan meningkatkan mutu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong. 

Perdana Menteri turut mengarahkan Ketua Setiausaha bagi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memantau, supaya institusi latihan berkenaan menawarkan kualiti latihan yang sebaiknya apabila terdapat pengecualian levi. 

 “Pantau juga supaya syarikat-syarikat swasta yang mencatat keuntungan tinggi, beri sedikit pulangan kepada pekerja,” katanya. 

Mengikut Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612), majikan perlu membayar levi kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) iaitu agensi di bawah KESUMA bagi tujuan latihan dan pengembangan kemahiran. 

Sementara itu Anwar turut menekankan keperluan supaya golongan muda dilatih dalam bidang-bidang baharu menggunakan kaedah semasa, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan tidak boleh terus kekal di takuk lama menggunakan tahap latihan yang ketinggalan.

Beliau berkata antaranya transformasi digital, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan pembuatan cip.

“Semikonduktor di Malaysia ini bukan kecil, dianggap sebagai hab, pangkalan bagi rantau ASEAN ini. Hampir semua syarikat semikonduktor terbesar dan AI berpangkalan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu KESUMA dalam kenyataan memaklumkan pengecualian levi tersebut berjumlah RM46 juta.

Menurut kenyataan itu ia melibatkan pengecualian bagi 1,668 institusi pendidikan bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun depan. — Bernama

Continue Reading

Previous: Pelajar seluruh Sarawak dijemput sertai pertandingan video pendek
Next: Keunikan budaya Sarawak serikan Jamuan Teh Hari Keputeraan Agong ke-17

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.