Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Instagram terkenal ditahan jual minyak wangi pelbagai jenama tiruan
  • NASIONAL

Instagram terkenal ditahan jual minyak wangi pelbagai jenama tiruan

Utusan Sarawak 5 years ago

SERI KEMBANGAN, 20 Okt -- Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah (kiri) bersama pegawai yang bertugas menunjukkan minyak wangi berjenama antarabangsa yang dipercayai tiruan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Seri Kembangan hari ini. Setiap botol pewangi dijual dengan harga di antara RM150 hingga RM200 dan mampu meraih keuntungan ribuan ringgit setiap bulan. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENGARAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah (kiri) bersama pegawai yang bertugas menunjukkan minyak wangi berjenama antarabangsa yang dipercayai tiruan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Seri Kembangan semlam. • Foto BERNAMA

SERI KEMBANGAN: Seorang selebriti media sosial ditahan kerana disyaki menjual minyak wangi berjenama antarabangsa tiruan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Pinggiran Putra di sini Selasa lepas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira 3.00 petang pihaknya merampas lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.

“Siasatan awal mendapati sebotol minyak wangi dijual dengan harga serendah RM150 hingga RM200 dan mampu meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.

Mangsa (pembeli) juga turut diberitahu produk tersebut adalah tulen,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini Selasan lepas.

Beliau berkata, wanita berusia 26 tahun itu yang turut dibantu oleh suaminya telah beroperasi kira-kira setahun dari rumah berkenaan dengan memasarkan barangan berkenaan melalui platform media sosial Instagram dan Facebook.

Semasa serbuan, katanya turut ditemukan slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan dan transaksi perbankan.

Katanya, hasil semakan transaksi juga mendapati barangan terbabit bukan sahaja dibeli oleh pembeli tempatan tetapi juga dari Singapura dan Brunei.

Katanya, individu berkenaan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Sekyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 kerana menjual atau menawarkan barangan disyaki menggunakan perihal dagangan palsu. – Bernama

Continue Reading

Previous: KPM teliti tempatkan pelajar duduki peperiksaan
Next: Bersatu harap tiada lagi polemik politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.