Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Insiden Latihan Menembak: Dua maut, jurulatih cedera dilaporkan stabil
  • JENAYAH

Insiden Latihan Menembak: Dua maut, jurulatih cedera dilaporkan stabil

Utusan Sarawak 2 years ago
Menurut kenyataan TUDM hari ini, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor dan berada dalam pemantauan rapi manakala dua anggota penuntut INSTAR Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selain jurulatih Koperal Udara Syuib Bidin, 33, meninggal dunia pada 5.45 petang ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di Hospital Segamat.

SEREMBAN: Seorang jurulatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam insiden kemalangan ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas malam tadi, dilaporkan stabil.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor dan berada dalam pemantauan rapi.

Terdahulu, dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, dua anggota turut maut iaitu penuntut INSTAR Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala jurulatih Koperal Udara Syuib Bidin, 33, meninggal dunia pada 5.45 petang ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di Hospital Segamat.

Kenyataan itu menyebut waris anggota yang terlibat telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan semua urusan kebajikan keluarga mangsa yang terlibat diutamakan serta urusan pengebumian disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

“Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Datuk Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan serta pucuk pimpinan tertinggi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian berkenaan dan merakamkan salam takziah kepada waris anggota yang meninggal dunia yang merupakan kehilangan besar kepada TUDM,” menurut kenyataan itu.

Semua waris anggota yang terlibat juga diharap bersabar, tabah dan reda menghadapi ujian yang berlaku, katanya.

Pihak TUDM turut meminta supaya semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan berita tidak sahih sehingga proses siasatan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia selesai, tambah kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta
Next: Rasuah Pembelian Hotel di Sarawak: Masalah jantung, rayuan Isa Samad ditangguh 16 Okt depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.