

SITUASI insiden dindin bangunan kedai runtuh di Jalam Padungan.
KUCHING: Insiden dinding bangunan kedai runtuh di Jalan Padungan, Kuching sekitar 6.23 pagi tadi tidak melibatkan kecederaan pada mangsa.
Susulan panggilan diterima sekitar 6.23 pagi tadi, seramai lapan anggota diketuai Komander Operasi PBK I Law Kim Hin bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan digerakkan ke lokasi kejadian.


“Anggota membuat size up iaitu satu proses awal untuk mengenal pasti risiko dan bahaya insiden, dan mendapati dinding bangunan telah retak serta runtuh.
“Pusat Kawalan Operasi (PKO) membuat pengungsian bangunan di unit terlibat, dan unit kedai bersebelahan Tingkat 1 dan 2 serta memasang tali sawar-sawar,” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan, hari ini.
Turut bersama di lokasi kejadian, Pegawai Kanan yang juga Ketua BBP Padungan TPgB II Tan Min Chai.
Operasi tamat pada 6.50 pagi.