Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Inisiatif aktifkan belia dalam sukan
  • SUKAN

Inisiatif aktifkan belia dalam sukan

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Jamal Abdullah @ Tedong Chakaw menyerahkan sumbangan peralatan sukan kepada belia sukan Rumah Janting Dundang Pakan semalam.

BELIA Sukan Takraw Rumah Janting Dundang Sungai Lemujan Pakan terima peralatan sukan daripada Gerempong Pemansang Nembiak Baru (PNRB) Pakan Julau semalam.

Jamal Abdullah @ Tedong Chakaw yang mewakili PNRB ketika dihubungi berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif PNRB tentang keperluan belia kawasan untuk aktif dalam sukan.

Katanya, sumbangan peralatan itu sebagai satu usaha untuk mengaktifkan para belia luar bandar lebih bergiat bersukan.

“Aktiviti belia di kawasan harus diberi sokongan sepenuhnya supaya mereka tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang kurang sihat.

“Para belia perlu dibimbing dan aktif melakukan pelbagai aktiviti kerana mereka merupakan pelapis pembangunan kawasan pada masa akan datang,” jelasnya.

Tambahnya, sumbangan merupa turut dinikmati oleh belia sukan Rumah Midan, Berasok Pakan dan Rumah Ragai Rantau Jerenang.

Selain itu, Rumah Walter Ahap, Lempa Antu Pakan dan Rumah Anthony, Sungai Mirah, Dayu Pakan turut akan menerima sumbangan yang serupakan dalam masa terdekat, katanya.

Antara peralatan yang disumbang ialah jaring dan beberapa biji bola takraw untuk kegunaan bersukan pada waktu petang.

Sehubungan itu, beliau turut menasihat belia supaya patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) dengan memakai pelitup muka ketika berada di pekan dan tempat tumpuan orang ramai.

Continue Reading

Previous: Kesilapan Varane sekat Real Madrid
Next: Penelitian terakhir sebelum tentukan jurulatih hoki negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.