Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ingkar PKPB, polis sita 11 kereta sapu
  • NASIONAL

Ingkar PKPB, polis sita 11 kereta sapu

Utusan Sarawak 5 years ago
KENDERAAN persendirian yang digunakan sebagai kereta sapu melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan. — Foto Juwan Riduan

LAHAD DATU: Seramai 34 individu ditahan dan 11 kereta sapu di daerah ini disita Sabtu lepas, selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan ketika ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata,  kesalahan utama yang dikesan adalah menaiki kenderaan persendirian yang digunakan sebagai kereta sapu, dengan pemandu dan penumpang tidak tinggal serumah.

Dalam operasi di Jalan Tengah Nipah bermula jam 7 pagi itu mendapati individu ditahan berumur antara 18 dan 68 tahun kerana melanggar Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 6) 2020 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 15(1) peraturan yang sama.

“Daripada 34 yang ditahan, 17 individu merupakan warga tempatan membabitkan 10 wanita dan tujuh lelaki dan semua mereka telah dikenakan kompaun,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Nasri berkata, bakinya  membabitkan enam wanita dan 11 lelaki yang merupakan warga asing, ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: AKSEM guna dron pantau sempadan
Next: Bekas pesakit Covid-19 berkongsi pengalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.