Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Infrastruktur baharu bakal pacu Spaoh sebagai hab ekonomi dan pelancongan Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Infrastruktur baharu bakal pacu Spaoh sebagai hab ekonomi dan pelancongan Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika merasmikan majlis penutupan Borneo Street Gladion Brigade (BSGB) 2026 di pekarangan Dewan Masyarakat Spaoh, semalam. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

SPAOH: Pembangunan infrastruktur yang sedang giat dilaksanakan kerajaan Sarawak diyakini bakal menjadi pemangkin utama kepada transformasi Spaoh sebagai hab pertumbuhan ekonomi dan destinasi pelancongan baharu di Bahagian Betong.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek strategik seperti Jambatan Batang Lupar 1, Jambatan Batang Lupar 2 dan projek pembinaan Jalan Utama Kedua Sarawak (SSTR) akan meningkatkan tahap kebolehcapaian ke Spaoh serta membuka lebih banyak peluang pembangunan pada masa hadapan.

Menurut beliau, kemudahan infrastruktur tersebut akan memendekkan masa perjalanan ke Spaoh, sekali gus menarik lebih ramai pelancong, pelabur dan pengunjung untuk meneroka potensi kawasan berkenaan.

“Apabila jaringan jalan raya dan jambatan siap sepenuhnya, Spaoh akan menjadi lebih mudah diakses. Keadaan ini akan merancakkan aktiviti ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Borneo Street Gladion Brigade (BSGB) 2026 di pekarangan Dewan Masyarakat Spaoh, semalam.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas hadir pada Majlis Penutupan BSGB 2026 di pekarangan Dewan Masyarakat Spaoh. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, penduduk tempatan perlu bersedia merebut peluang yang diwujudkan hasil pembangunan infrastruktur tersebut dengan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana, produk tempatan serta tarikan berasaskan komuniti.

Beliau berkata, langkah itu bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan penduduk, malah mengukuhkan ekonomi luar bandar secara lebih mampan selaras dengan agenda pembangunan kerajaan Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran BSGB 2026 turut memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat apabila peserta dan pengunjung dari seluruh Sarawak menggunakan kemudahan penginapan, restoran serta mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di Spaoh.

Katanya, program seumpama itu wajar diteruskan kerana bukan sahaja menghimpunkan komuniti automotif, malah menjadi platform mempromosikan Spaoh sebagai destinasi pelancongan yang semakin berkembang.

“Program seperti ini berjaya menarik kehadiran orang ramai dari seluruh Sarawak. Saya berharap lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan bagi merancakkan perniagaan masyarakat setempat,” katanya.

Pada masa sama, Uggah berkata penganjuran pameran kereta itu turut berperanan membentuk budaya automotif yang positif, beretika dan berdisiplin dalam kalangan pemilik kenderaan.

Menurut beliau, penglibatan kelab-kelab permotoran dapat menggalakkan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan jalan raya, sekali gus menyemai budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

SUASANA majlis penutupan BSGB 2026 yang menghimpunkan peserta dari pelbagai kelab permotoran di Sarawak. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan BSGB 2026 yang disifatkan berpotensi menjadi platform penting untuk mempromosikan Spaoh, merancakkan ekonomi setempat serta memperkukuh pembangunan industri automotif di Sarawak.

BSGB 2026 yang julung kali diadakan di Spaoh menghimpunkan kira-kira 300 peserta daripada sembilan kelab permotoran seluruh Sarawak termasuk Borneo Legacy Community, Sri Aman Culture (SAC), Kenyalang Bezza Owner Club (KBOC), District 958 dan Saratok Town Static Style.

Turut hadir Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abunawas; Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh; Pegawai Menguasa Daerah Kecil Spaoh, Deny Lim serta tetamu jemputan lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sokongan akar umbi terus kukuhkan kepimpinan Mawan di Pakan
Next: Gas keluar dari lubang gerudi di SK Beladin, kawasan dikawal bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.