Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia tegaskan pengesahan biometrik wajib untuk pendaftaran SIM baharu
  • GLOBAL

Indonesia tegaskan pengesahan biometrik wajib untuk pendaftaran SIM baharu

Utusan Sarawak 10 hours ago
INDONESIA tegaskan pengesahan biometrik wajib untuk pendaftaran SIM baharu. Foto agensi.

JAKARTA: Indonesia memperketat penguatkuasaan pengesahan biometrik melalui pengecaman wajah bagi semua pendaftaran baharu kad SIM telefon mudah alih dan akan memastikan semua pengendali telekomunikasi mematuhi syarat itu yang berkuat kuasa pada 1 Julai.

Ketua Pengarah Ekosistem Digital Edwin Abdullah berkata, kementerian mendapati masih terdapat pengendali yang mengaktifkan pelanggan baharu tanpa pengesahan biometrik, justeru kerajaan mengarahkan pematuhan serta-merta dan memberi amaran bahawa tindakan pentadbiran akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar peraturan itu.

“Sejak 1 Julai, pendaftaran pelanggan baharu diwajibkan menggunakan biometrik. Oleh itu, kami meminta semua pengendali mematuhi peruntukan ini dan menghentikan serta-merta semua pengaktifan yang masih menggunakan pengesahan identiti tanpa pengesahan biometrik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Edwin berkata, pendaftaran biometrik bukan sekadar memenuhi keperluan pentadbiran, malah merupakan langkah strategik bagi memperkukuh keselamatan pengguna serta membantu mencegah penyalahgunaan identiti, penipuan digital dan jenayah siber lain.

Beliau berkata, kementerian turut meminta Direktorat Jeneral Pendaftaran Penduduk dan Pendaftaran Sivil menyahaktifkan akses kepada sistem pengesahan identiti kebangsaan yang sebelum ini digunakan untuk pendaftaran kad SIM, sekali gus menjadikan pengesahan biometrik sebagai satu-satunya kaedah pendaftaran.

Menurut beliau kementerian akan terus memantau tahap pematuhan di seluruh negara dan mengenakan tindakan pentadbiran terhadap pengendali yang mengaktifkan pelanggan baharu tanpa pengesahan biometrik. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasangan Norway namakan bayi sempena Haaland selepas jaringan gol Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.