Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Indonesia sambut Aidiladha 6 Jun, sehari lebih awal dari Malaysia, Singapura
  • SEMASA

Indonesia sambut Aidiladha 6 Jun, sehari lebih awal dari Malaysia, Singapura

Utusan Sarawak 4 days ago

Menteri Agama Indonesia, Nasaruddin Umar. - Foto fail BERNAMA

JAKARTA: Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini, menurut Menteri Agama, Nasaruddin Umar.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas selesai mengadakan persidangan isbat untuk menentukan 1 Zulhijah 1446H dan Hari Raya Aidiladha di kementeriannya malam ini.

“Berdasarkan laporan yang diterima, disepakati bahawa tarikh 1 Zulhijah jatuh pada Rabu, 28 Mei 2025 dan 10 Zulhijah atau Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun 2025,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan pengumuman itu, Indonesia bakal merayakan Aidiladha sehari lebih awal dari negara jiran, Malaysia dan Singapura.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: DUN: Projek Pusat Kanser Sarawak kini di peringkat prapelaksanaan – Dr Sim
Next: Sultan Hassanal Bolkiah dalam keadaan sihat sejahtera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.