Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia mampu harung kejutan harga minyak Asia Barat hingga hujung tahun – Menteri
  • GLOBAL

Indonesia mampu harung kejutan harga minyak Asia Barat hingga hujung tahun – Menteri

Utusan Sarawak 5 hours ago
INDONESIA mampu harung kejutan harga minyak Asia Barat hingga hujung tahun – Menteri

JAKARTA: Indonesia mampu bertahan daripada impak ekonomi akibat lonjakan harga minyak yang didorong oleh konflik di Asia Barat sehingga 10 bulan tanpa perlu memotong subsidi bahan api, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto pada Isnin, lapor Xinhua.

Airlangga memaklumkan media asing di sini bahawa subsidi bagi diesel dan bahan api lain akan diteruskan sehingga akhir tahun 2026, memandangkan kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung kos berkenaan.

Harga minyak mentah dunia telah meningkat melebihi AS$100 setong sejak serangan ke atas Iran oleh Amerika Syarikat dan Israel pada akhir Februari lepas, yang secara berkesan telah mengganggu laluan di Selat Hormuz.

Sebagai negara pengimport bersih minyak, Indonesia memberikan subsidi besar kepada bahan api domestik bagi mengekalkan kestabilan ekonomi, mengawal inflasi serta melindungi kuasa beli isi rumah berpendapatan rendah daripada ketidaktentuan harga minyak global.

Belanjawan 2026 sebelum ini mengandaikan harga minyak global pada AS$70 setong, dengan setiap kenaikan AS$1 akan menambah kira-kira 6.8 bilion rupiah Indonesia (sekitar AS$506,000) kepada perbelanjaan negara.

Menurut menteri itu lagi, Indonesia mengimport sekitar 20 hingga 25 peratus minyaknya dari Asia Barat, namun kini sedang meneroka sumber alternatif lain. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kematian
Next: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.