Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan ditahan

Facebook
WhatsApp
JAKARTA: Pengawal Pantai Indonesia (Bakamla) bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memastikan pembebasan tiga nelayan Indonesia yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia. Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia. "Ketiga-tiga anak kapal, termasuk kapten, kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri," menurut direktorat kerjasama Bakamla, Kolonel Tatang dalam satu kenyataan. Beliau menjelaskan bahawa pelanggaran wilayah adalah perkara biasa dalam kalangan nelayan Indonesia kerana kekurangan pengetahuan tentang sempadan maritim dan alat navigasi yang lemah. “Dengan hubungan kukuh antara Bakamla RI dan APMM, kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan nelayan dapat dikembalikan ke Indonesia,” tambahnya. -- BERNAMA  

JAKARTA: Pengawal Pantai Indonesia (Bakamla) bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memastikan pembebasan tiga nelayan Indonesia yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.

“Ketiga-tiga anak kapal, termasuk kapten, kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri,” menurut direktorat kerjasama Bakamla, Kolonel Tatang dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa pelanggaran wilayah adalah perkara biasa dalam kalangan nelayan Indonesia kerana kekurangan pengetahuan tentang sempadan maritim dan alat navigasi yang lemah.

“Dengan hubungan kukuh antara Bakamla RI dan APMM, kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan nelayan dapat dikembalikan ke Indonesia,” tambahnya.

— BERNAMA

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos