Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia lancar satelit cerapan bumi tempatan pertama Januari 2027
  • GLOBAL

Indonesia lancar satelit cerapan bumi tempatan pertama Januari 2027

Utusan Sarawak 7 hours ago
Foto hiasan

JAKARTA: Indonesia akan melancarkan satelit cerapan Bumi pertama yang dibangunkan sepenuhnya oleh penyelidik tempatan, Nusantara Earth Observation (NEO)-1 pada Januari 2027, sekali gus menjadi satelit pertama negara itu yang direka bentuk dan dibina di dalam negara.

Ketua Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN), Arif Satria berkata satelit itu dibangunkan dengan tahap komponen tempatan kira-kira 65 peratus, mencerminkan keupayaan Indonesia yang semakin meningkat dalam teknologi satelit.

“Satelit itu akan menyediakan imej beresolusi sederhana dan tinggi bagi menyokong pemetaan wilayah, pertanian, perhutanan, hal ehwal maritim, mitigasi bencana, pemantauan alam sekitar dan pengesanan kapal… selain menyokong program kerajaan, penyelidikan industri serta perkhidmatan awam yang bergantung kepada data satelit,” katanya dipetik Agensi Berita Antara.

Arif berkata BRIN merancang untuk terus membangunkan teknologi satelit lain, dengan antara keutamaan agensi itu ialah pembangunan satelit telekomunikasi nasional bagi memperkukuh ketersambungan di seluruh negara.

“Penguasaan teknologi satelit telekomunikasi merupakan pelaburan strategik yang memperkukuh kedaulatan digital, meningkatkan daya saing ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi serta penyedia perkhidmatan asing,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: 10 kanak-kanak maut dalam tanah runtuh akibat hujan lebat di Bangladesh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.