Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia lancar kabel dasar laut rentas sempadan Asia-Pasifik pertama ke Papua New Guinea
  • GLOBAL

Indonesia lancar kabel dasar laut rentas sempadan Asia-Pasifik pertama ke Papua New Guinea

Utusan Sarawak 4 hours ago
INDONESIA lancar kabel dasar laut rentas sempadan Asia-Pasifik pertama ke Papua New Guinea. Foto agensi.

JAKARTA: Indonesia melancarkan Sistem Kabel Dasar Laut Pukpuk (Puk-Puk 1), kabel dasar laut merentas sempadan langsung pertama yang menghubungkan negara itu dengan Papua New Guinea bertujuan untuk memperkukuh ketersambungan digital dan daya tahan infrastruktur di wilayah Asia-Pasifik.

Telkom Indonesia memaklumkan sistem kabel itu menghubungkan secara langsung Jayapura di wilayah Papua, Indonesia dengan Vanimo di Papua New Guinea, dan merupakan sistem kabel rentas sempadan pertama di wilayah Asia-Pasifik yang menghubungkan rangkaian telekomunikasi Indonesia secara langsung dengan Papua New Guinea.

Syarikat telekomunikasi milik kerajaan itu berkata, stesen pendaratan di Jayapura yang dikendalikan oleh cabang antarabangsanya Telin berfungsi sebagai gerbang ketersambungan kepada Kumul Telkom Holdings Papua New Guinea, menyalurkan kapasiti daripada sistem kabel SEA-US antarabangsa ke wilayah pedalaman di Papua New Guinea melalui Vanimo.

“Dengan pengoperasian sistem kabel ini, Jayapura kini mempunyai dua laluan ketersambungan antarabangsa yang bebas.

“Laluan pertama menghubungkan Sulawesi, Maluku dan Papua, manakala laluan kedua menghubungkan Vanimo di Papua New Guinea ke Jayapura, dan seterusnya ke Manado dan Los Angeles di Amerika Syarikat menerusi kabel SEA-US,” katanya menurut Agensi Berita ANTARA, pada Sabtu.

Sistem kabel tersebut dirasmikan pada Jumaat di Telkom Witel Jayapura di Papua oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia Angga Raka Prabowo, bersama pengarah presiden Telkom Indonesia Dian Siswarini dan pegawai-pegawai lain dari Indonesia serta Papua New Guinea.

Telkom berkata, projek itu juga memperkukuh daya tahan infrastruktur digital di Papua dengan menyediakan laluan kepelbagaian alternatif bagi membantu memastikan perkhidmatan telekomunikasi kekal beroperasi dan boleh dipercayai. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Modi hadiri majlis angkat sumpah ketua menteri Bengal Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.