Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Individu hilang pekerjaan berpeluang tingkat kemahiran menerusi program TVET – Ramanan
  • NASIONAL

Individu hilang pekerjaan berpeluang tingkat kemahiran menerusi program TVET – Ramanan

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berucap pada Majlis Perasmian Karnival Lindung Kerjaya Madani di Dewan Konvensyen Setia, Setia Tropika, 12 Jun 2026. Foto Bernama.

JOHOR BAHRU: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan memastikan individu yang hilang pekerjaan susulan krisis bekalan global, berpeluang meningkatkan kemahiran dan latihan kemahiran baharu menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata, ribuan yang hilang pekerjaan antaranya meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, akan turut dibantu menerusi program carian pekerjaan MYFutureJobs di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Selepas itu mereka akan menjalani padanan pekerjaan dan kita akan pastikan padanan pekerjaan itu bersesuaian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Perabot MADANI dan Program KALVI MADANI di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Yahya Awal, di sini hari ini.

Ramanan berkata, sebagai mengulas pertanyaan mengenai langkah KESUMA dalam menyediakan program peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baharu kepada mereka yang hilang pekerjaan susulan krisis bekalan global. 

Sementara itu, Ramanan berkata sebanyak 39,692 murid dan 5,290 orang guru di 361 buah SJKT berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bakal menerima manfaat Inisiatif Perabot MADANI dengan peruntukan RM12.8 juta.

Menurutnya, 14 jenis kelengkapan perabot berkualiti tinggi termasuk meja, kerusi, kabinet dan kipas akan dibekalkan secara berperingkat bermula bulan ini hingga Ogos depan.

Bagi Program KALVI MADANI yang antaranya merangkumi tuisyen percuma, sokongan nutrisi, pemberian kit dan peranti pembelajaran serta penghargaan kebajikan guru pula, beliau berkata ia  melibatkan peruntukan RM8 juta.

“Program ini direka secara bersasar untuk memberi manfaat kepada hampir 10,410 murid India di 315 buah SJKT terpilih,” katanya.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh. – Bernama

Continue Reading

Previous: PDRM sedia dapatkan bantuan interpol, ASEANAPOL banteras judi Piala Dunia – KPN
Next: Kesihatan mental: Intervensi segera bagi pelajar berisiko – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.