India lakukan penerbangan khas pindah warganya dari Israel

Facebook
WhatsApp
SEBAHAGIAN bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. FotoAFP

NEW DELHI: India melancarkan penerbangan khas untuk memindahkan ribuan rakyatnya dari Israel susulan pengeboman Israel ke atas Gaza yang berisiko mewujudkan konflik serantau lebih meluas.

“Penerbangan sewa khas dan pengurusan lain sedang dilaksanakan. Sepenuhnya komited terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita di luar negara,” kata Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar menerusi catatan media sosial, semalam.

Kedutaan India di Tel Aviv berkata, pihaknya telah memaklumkan kumpulan pertama warga India untuk mengambil penerbangan khas, hari ini.

“Pesanan kepada warga lain yang berdaftar akan menyusul untuk penerbangan berikutnya,” katanya.

Terdapat kira-kira 18,000 warga India yang tinggal di Israel, menurut data kerajaan India.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai pengasuh tetapi sebahagian besar termasuk pelajar, peniaga berlian dan profesional.

Air India dan beberapa syarikat penerbangan lain telah membatalkan penerbangan ke Tel Aviv berikutan pertempuran minggu lalu antara pejuang Palestin dan tentera Israel menyebabkan warga asing terperangkap di Israel.

Israel telah melakukan pengeboman di Semenanjung Gaza selain daripada menafikan penduduk di Gaza bekalan air, elektrik dan makanan.

Tentera Israel telah membunuh lebih 1,100 rakyat Palestin, termasuk seluruh keluarga dan ratusan kanak-kanak yang tertimbus di bawah bangunan yang musnah dan mencederakan 5,300 orang. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara