India hantar 15 tan bantuan untuk mangsa gempa bumi Myanmar

Facebook
WhatsApp
KETUA junta Myanmar, Min Aung Hlaing melawat pekarangan hospital yang menempatkan mangsa yang cedera selepas gempa bumi melanda Naypyidaw. FotoAFP

NEW DELHI: India menghantar 15 tan bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Myanmar.  

Sebuah pesawat tentera C130J akan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Hindon di pinggir New Delhi dengan membawa bantuan hari ini, menurut laporan media tempatan.  

Kargo bantuan itu merangkumi khemah, beg tidur, selimut, makanan sedia dimakan, penapis air, lampu solar, set penjana kuasa serta ubat-ubatan penting.  

India, Pakistan, Maldives dan Sri Lanka telah menyatakan solidariti dengan mangsa gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan Thailand, semalam. – Bernama

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara