Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
  • BISNES

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama

Utusan Sarawak 1 year ago
KETUA Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata semua subsektor mencatatkan pertumbuhan pada S1 2024, kecuali indeks pengangkutan yang kekal tidak berubah.

“Subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi menyaksikan peningkatan 7.5 peratus (S4 2023: 5.5 peratus), disumbangkan oleh peningkatan 2.1 peratus dalam aktiviti hiburan dan rekreasi lain.

“Sementara itu indeks penginapan, aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 2.5 peratus (S4 2023: 3.4 peratus) disebabkan peningkatan dalam aktiviti perkhidmatan minuman (3.3 peratus) dan restoran serta aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (2.8 peratus),” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir menekankan bahawa subsektor lain, seperti pendidikan (0.8 peratus) dan aktiviti hartanah (0.6 peratus) juga mengalami sedikit peningkatan.

Selain itu, indeks kesihatan dan profesional kedua-duanya meningkat sebanyak 0.2 peratus, diikuti oleh indeks maklumat dan komunikasi sebanyak 0.1 peratus.

“Perbandingan suku ke suku menunjukkan IHPRP meningkat 0.3 peratus berbanding 0.1 peratus suku sebelumnya, disumbangkan oleh indeks pengangkutan (0.7 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.5 peratus), pendidikan (0.3 peratus) dan kesenian, hiburan serta rekreasi (0.2 peratus).

“Pada masa yang sama, subsektor lain iaitu aktiviti hartanah, kesihatan, maklumat dan komunikasi serta profesional merekodkan kenaikan sebanyak 0.1 peratus,” tambah beliau. – Bernama

Continue Reading

Previous: Indeks harga pasir naik antara 0.2 dan 2.6 peratus pada April – Perangkaan
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.