Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Indeks harga pasir naik antara 0.2 dan 2.6 peratus pada April – Perangkaan
  • BISNES

Indeks harga pasir naik antara 0.2 dan 2.6 peratus pada April – Perangkaan

Utusan Sarawak 1 year ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Indeks harga seunit pasir merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 2.6 peratus bagi kebanyakan kawasan pada April 2024 berbanding bulan lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Peningkatan tertinggi ialah di Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis (2.6 peratus), diikuti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (1.2 peratus) dan Terengganu dan Kelantan (0.9 peratus).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin menyatakan bahawa perbandingan bulanan mencatatkan tiada perubahan dalam indeks harga seunit bagi besi bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Terdapat sedikit penurunan dalam indeks harga bahan ini bagi kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (-0.5 peratus) serta Tawau (-0.4 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, terdapat peningkatan kecil dalam indeks harga bahan ini di kawasan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan Kota Kinabalu (masing-masing naik 0.5 peratus).

Perbandingan bulanan turut mencatatkan indeks seunit harga simen kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada April 2024

Bagaimanapun terdapat sedikit peningkatan dalam indeks harga bahan bagi kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (1.9 peratus).

Perbandingan tahunan untuk tempoh April 2023 dan April 2024 menunjukkan indeks harga seunit simen mencatatkan peningkatan antara 1.9 peratus hingga 7.1 peratus bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Peningkatan tertinggi bagi indeks harga seunit simen telah dicatatkan bagi kawasan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (7.1 peratus), diikuti oleh Terengganu dan Kelantan (5.7 peratus), Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (4.4 peratus) dan Tawau (2.2 peratus).

Berdasarkan perspektif global, menurut laporan Prospek Pasaran Komoditi oleh Bank Dunia pada April 2024, permintaan kepada keluli dijangka kekal lemah pada 2024, memandangkan kelembapan berterusan dalam aktiviti pembinaan kediaman di China berikutan penurunan 20 peratus (tahun ke tahun) bagi pembinaan kediaman baharu sejak 2023.

“Dalam pada itu, walaupun pengeluaran keluli dijangka pulih pada 2025, jangkaan peningkatan dalam pengeluaran bijih besi di Australia dan Brazil, bersama-sama dengan pelbagai projek baharu, berkemungkinan akan memberi tekanan kepada penurunan harga,” katanya.

Sehubungan itu, harga dijangka akan menurun sebanyak 9.0 peratus pada tahun 2024 dan 5.0 peratus lagi pada 2025. – Bernama

Continue Reading

Previous: Public Gold labur RM30 juta bina pusat penapisan emas kendiri
Next: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.