Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Impian kejuaraan Arsenal tergugat, tunduk 2-3 kepada United
  • SUKAN

Impian kejuaraan Arsenal tergugat, tunduk 2-3 kepada United

Utusan Sarawak 11 hours ago

Pemain United meraikan kemenangan ke atas Arsenal di Stadium Emirates. Foto AFP

LONDON: Harapan Arsenal untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris menerima tamparan hebat selepas tewas dramatik 2-3 kepada Manchester United di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Jaringan cantik Matheus Cunha tiga minit sebelum tamat perlawanan memusnahkan usaha kebangkitan Arsenal, sekali gus menghadiahkan kemenangan sensasi kepada United yang kini berada di bawah kendalian pengurus interim, Michael Carrick.

Arsenal terlebih dahulu membuka jaringan menerusi gol sendiri Lisandro Martinez pada minit ke-29, namun United bangkit menyamakan kedudukan sebelum rehat melalui Bryan Mbeumo.

Pelawat kemudian mendahului hasil rembatan padu Patrick Dorgu dari luar kotak penalti selepas separuh masa kedua bermula, sebelum Mikel Merino menyamakan kedudukan buat Arsenal pada minit ke-84.

Namun kegembiraan penyokong tuan rumah tidak bertahan lama apabila Cunha meledak gol kemenangan United dengan sepakan deras dari jarak 25 meter, mengejutkan Stadium Emirates.

Kekalahan itu adalah yang pertama buat Arsenal dalam 13 perlawanan semua kejohanan, selain kekalahan sulung di laman sendiri sejak Mei lalu.

Kedudukan Arsenal di puncak liga kini semakin terancam apabila kelebihan mereka ke atas Manchester City dan Aston Villa mengecil kepada hanya empat mata, sekali gus menghidupkan semula persaingan kejuaraan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, yang masih kemarau trofi sejak memenangi Piala FA 2020, kini berdepan ujian getir untuk memastikan pasukannya tidak mengulangi kegagalan musim-musim lalu selepas mensia-siakan kelebihan di puncak liga.

Sementara itu, United mencatat kemenangan pertama di Emirates sejak 2017 dan meneruskan permulaan cemerlang Carrick sebagai pengurus interim selepas turut menewaskan Manchester City minggu lalu.

Kemenangan ke atas dua pasukan teratas liga melonjakkan United ke tangga keempat, sekali gus memberi nafas baharu selepas tempoh bergelora di bawah Ruben Amorim. – AFP

Continue Reading

Previous: APG 2025: Syabas Malaysia! Dua sasaran tercapai di Thailand
Next: Rosenior puas hati, Chelsea lepasi ujian besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.