Rosenior puas hati, Chelsea lepasi ujian besar

Facebook
WhatsApp
Enzo Fernandez meraikan jaringannya ketika Chelsea menewaskan Crystal Palace 3-1. Foto AFP

LONDON: Pengurus Chelsea, Liam Rosenior, memuji aksi pasukannya selepas menewaskan Crystal Palace 3-1, keputusan yang disifatkannya sebagai “ujian besar” dalam permulaan cemerlangnya bersama The Blues.

Chelsea meraih kemenangan keempat daripada lima perlawanan di bawah Rosenior, hasil jaringan Estevao Willian, Joao Pedro dan penalti Enzo Fernandez. 

Palace hanya mampu membalas satu gol di penghujung perlawanan selain kehilangan Adam Wharton yang dibuang padang.

Kemenangan itu melonjakkan Chelsea ke tangga kelima liga dan mengukuhkan peluang ke Liga Juara-Juara, menjelang aksi penting menentang Napoli tengah minggu ini. – AFP

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU, 14 November: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) berhasrat memperkenalkan program ijazah perubatan bagi memperluas penawaran akademiknya, sekali gus menyumbang kepada