Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Imigresen tahan 117 pendatang haram
  • NASIONAL

Imigresen tahan 117 pendatang haram

Utusan Sarawak 4 years ago

SANDAKAN, 11 April -- Penguatkuasa Jabatan Imigresen memeriksa dokumen seorang pendatang tanpa izin ketika operasi bersepadu di Kampung Mangkalinau pada awal pagi semalam. Operasi bersepadu yang disertai oleh 13 agensi penguatkuasa persekutuan dan negeri itu berjaya menahan seramai 117 pendatang tanpa izin ditahan kerana tiada dokumen pengenaland diri mengikut Akta Imigresen 1959/63. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PERIKSA… Penguatkuasa Jabatan Imigresen memeriksa dokumen seorang pendatang tanpa izin ketika operasi bersepadu di Kampung Mangkalinau pada awal pagi semalam. • Foto BERNAMA

SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menahan 117 pendatang haram selepas memeriksa 680 warga asing dalam satu Operasi Bersepadu pada 1.10 pagi di kawasan setinggan Mangkalinau Batu 3 di sini, kelmarin.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, 115 warga Filipina dan dua warga Indonesia itu ditahan kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) seperti tidak memiliki dokumen pengenalan diri, dan sebagainya.

“Semua pendatang haram itu kini ditempatkan di Depot Imigresen Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya, dalam satu kenyataan di sini semalam. 

Menurutnya operasi berkenaan melibatkan 213 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen serta beberapa agensi keselamatan termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), polis serta Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Sementara itu Muhamad Sade berkata, pihaknya akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati menjadi dalang di sebalik kehadiran dan kewujudan penempatan pendatang haram di negeri ini.  — Bernama

Continue Reading

Previous: Tren DMU bawa pembaharuan
Next: Agong mahu usaha lawan Covid-19 diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.