Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ikan pari seberat 3.17kg bawa tuah kepada Stallone, bawa pulang hadiah RM10,000
  • WILAYAH

Ikan pari seberat 3.17kg bawa tuah kepada Stallone, bawa pulang hadiah RM10,000

Utusan Sarawak 3 months ago

TAHNIAH.....Stallone Ngadan (tengah) menerima hadiah kemenangan daripada Pengurus Iftitah Restaurant & Resort Belawai, Ibnee Ekni.

TANJUNG MANIS: Ikan pari seberat 3.17 kilogram (kg) membawa tuah kepada Stallone Ngadan apabila berjaya dinobatkan sebagai juara Grand Prix (GP) Memancing Pantai Iftitah Belawai Siri 1/2025, hari ini. 

Stallone berjaya mendaratkan ikan pari tersebut pada 9.50 pagi dan berjaya membawa pulang hadiah wang berjumlah RM10,000. 

Naib juara dimenangi oleh Mohd Syazrulnizam yang berjaya memancing ikan pari seberat 1.32 kg pada 11.00 pagi dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM3,000. 

Tempat ketiga menjadi milik Awg Saifudin Awg Julaihi selepas berjaya mendaratkan ikan pari seberat 1.195 kg pada 12.45 tengah hari dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM1,000. 

Pemenang sagu hati di tempat keempat hingga ke-15, masing-masing membawa pulang hadiah wang berjumlah RM100. 

Antara spesies ikan yang berjaya dipancing oleh para peserta adalah ikan sembilang, malong, belukang, tukak dan gelama. 

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Iftitah Restaurant & Resort Belawai, Ibnee Ekni. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 249 peserta sertai Grand Prix (GP) Memancing Pantai Iftitah Belawai 
Next: Jalan runtuh di Ulu Sarikei-Sebangkoi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.