Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • IHPRP naik 1.0 peratus pada suku keempat 2023
  • BISNES

IHPRP naik 1.0 peratus pada suku keempat 2023

Utusan Sarawak 1 year ago
SUBSEKTOR kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat sebanyak 5.5 peratus (suku ketiga 2023: 0.8 peratus), manakala penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman merekodkan kenaikan 3.4 peratus (suku ketiga 2023: 4.6 peratus).

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia mencatatkan 115.5 mata pada suku keempat 2023, peningkatan 1.0 peratus berbanding 1.4 peratus pada suku ketiga 2023.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata kebanyakan subsektor merekodkan peningkatan harga pada suku tahun ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat sebanyak 5.5 peratus (suku ketiga 2023: 0.8 peratus), manakala penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman merekodkan kenaikan 3.4 peratus (suku ketiga 2023: 4.6 peratus).

“Peningkatan itu disebabkan oleh kenaikan dalam aktiviti perkhidmatan minuman (4.0 peratus) dan restoran serta aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (3.8 peratus),” katanya.

Pada masa sama, Mohd Uzir berkata, subsektor lain yang mencatatkan kenaikan adalah pendidikan (1.0 peratus), aktiviti hartanah (0.6 peratus), kesihatan (0.3 peratus) dan profesional (0.2 peratus).

Indeks bagi pengangkutan bagaimanapun mencatatkan penurunan negatif 0.5 peratus disebabkan oleh pengangkutan udara penumpang (-2.7 peratus).

Sementara itu, indeks maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah, katanya.

Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun menunjukkan IHPRP meningkat perlahan 0.1 peratus berbanding 0.4 peratus yang direkodkan pada suku tahun sebelumnya.

“IHPRP meningkat 2.1 peratus pada 2023, sama seperti tahun sebelum ini. Selain maklumat dan komunikasi yang kekal tidak berubah, subsektor lain mencatatkan peningkatan pada 2023,” kata Mohd Uzir. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia rendah pada sesi awal dagangan
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.