Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ICT sumbang 23.2 peratus KDNK tahun lepas
  • BISNES

ICT sumbang 23.2 peratus KDNK tahun lepas

Utusan Sarawak 3 years ago

CATAT PERTUMBUHAN... Sumbangan 23.2 peratus kepada KDNK itu merengkumi Nilai Tambah Kasar Industri ICT (GVAICT) dengan 14 peratus dan e-commerce lain-lain industri dengan 9.2 peratus.

KUALA LUMPUR: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyumbang 23.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan pertumbuhan 12.1 peratus, menjangkau RM359.3 bilion tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurutnya, sumbangan 23.2 peratus kepada KDNK itu merengkumi Nilai Tambah Kasar Industri ICT (GVAICT) dengan 14 peratus, dan e-commerce lain-lain industri dengan 9.2 peratus.

“GVAICT meningkat kepada RM217.1 bilion dengan pertumbuhan 7.8 peratus pada 2021, disokong oleh industri pembuatan ICT dan industri perkhidmatan ICT dengan pertumbuhan masing-masing 11.1 peratus dan tujuh peratus,” katanya.

Bagi e-dagang Nilai Tambah Kasar, DOSM berkata, sektor itu mencatatkan pertumbuhan 22.7 peratus kepada RM201.1 bilion pada 2021.

Menurutnya dari segi sumbangan kepada KDNK, e-dagang dalam industri ICT menyumbang kepada 3.8 peratus, manakala e-dagang dalam industri lain menyumbang 9.2 peratus.

DOSM berkata guna tenaga dalam industri ICT berjumlah 1.21 juta orang pada 2021, dengan industri pembuatan ICT merupakan penyumbang utama dengan 35.9 peratus diikuti perkhidmatan ICT (29.2 peratus) dan perdagangan ICT (21.9 peratus). – Bernama

Continue Reading

Previous: Cagamas perkenal SSB-I untuk warga emas
Next: Import minyak sawit India melonjak 21 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.