Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ibu bapa pelajar UNIMAS disaran tidak terlalu bimbang
  • SEMASA

Ibu bapa pelajar UNIMAS disaran tidak terlalu bimbang

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menasihati ibu bapa pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk tidak terlalu bimbang dengan keadaan anak-anak mereka yang belajar di Universiti itu.

Menurut beliau, Unimas berada dalam keadaan selamat dan setelah berhubungan dengan Naib Canselor Unimas berkenaan dua warga Unimas yang meninggal akibat wabak Covid-19, beliau turut diberitahu untuk memaklumman kepada ibu bapa pelajar Unimas yang lain supaya tidak risau.

“Kita turut bersedih atas kehilangan pelajar ini, yang termuda meninggal disebabkan Covid-19 di Malaysia dan berdasarkan maklumat, pelajar ini adalah pelajar yang menetap di luar kampus.

“Dan berdasarkan siasatan juga, beliau mendapat virus tersebut daripada luar dan bukan dalam kampus Unimas,” kata Karim kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Beliau menambah kedua-dua ibu bapa pelajar tersebut juga positif Covid-19 dan berada dalam keadaan yang stabil.

“Ibu bapanya mungkin mendapat virus ini daripada rakan sekerja di sebuah sekolah menengah di Kota Samarahan ini, yang juga positif Covid-19 daripada kluster gereja.

“Pelajar yang berusia 23 tahun ini telah dihantar untuk rawatan agak lewat dan berada dalam tahap yang terakhir serta mempunyai masalah kesihatan iaitu tyroid.

“Ini adalah satu kejadian yang malang, mungkin jika beliau mendapat rawatan lebih awal ,beliau mungkin selamat. Akan tetapi ,ini juga adalah suratan Tuhan,” kata Karim.

Karim kemudiannya menasihatkan orang ramai yang terlibat dengan program yang mempunyai kes positif Covid-19, untuk membuat pemeriksaan saringan.

“Ia lebih baik supaya kita dapat berada dalam keadaan yang selamat. Pemeriksaan adalah percuma dan pergilah untuk pemeriksaan,” katanya lagi.

Pada 31 Mac lalu, seorang pensyarah Unimas meninggal akibat wabak Covid-19.

Beliau turut dikatakan mendapat virus tersebut bukan dari dalam kampus tetapi dari luar kampus Unimas.

Continue Reading

Previous: Pusat kuarantin di hotel dikawal ketat
Next: Pastikan nyahkuman digunakan berlesen, berteknik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.