PENYERANG veteran Zlatan Ibrahimovic menandatangani kontrak lanjutan selama satu tahun dengan AC Milan, kata gergasi Itali itu pada Isnin lalu.
Bekas pemain antarabangsa Sweden itu, yang berusia 39 tahun pada Oktober, menyertai semula Milan pada Januari dan akan tinggal di San Siro sehingga akhir bulan Jun 2021.
“Hari ini (Isnin), Zlatan Ibrahimovic bergabung kembali dengan rakan sepasukan dan jurulatih, Stefano Pioli di Pusat Sukan Milanello, yang mana ia mengambil bahagian dalam sesi latihan pertamanya musim ini,” kata kelab itu dalam satu pernyataan.
Menurut laporan media Itali, Ibrahimovic bersetuju dengan gaji tahunan tujuh juta Euro dengan Milan.
Dia membantu pasukan Pioli bangkit dari babak pertama yang buruk musim lalu, menjaringkan 11 gol dalam 20 perlawanan dalam semua pertandingan untuk membantu juara Eropah tujuh kali itu layak ke Liga Europa.
Ibrahimovic pada hujung minggu berkata bahawa dia “ingin membantu kelab kembali ke tempat di mana mereka sepatutnya berada”.
“Selama enam bulan, kami melakukan perkara hebat tetapi kami tidak memenangi apa-apa.
“Kami mesti meneruskannya dan melakukan perkara yang sama,” katanya dalam sebuah video.
Pemain berusia 38 tahun itu sebelumnya bermain untuk Rossoneri pada 2010-2012, menjaringkan 56 gol dan memenangi gelaran Serie A 2011 di bawah kendalian Massimiliano Allegri.
Sudah banyak yang diharapkan ‘Ibra’ akan menandatangani perjanjian baru dan dia akan mengambil jersi nombor 11, setelah bermain sebagai pemain nombor 21 Milan musim lalu.
Dia telah kembali dari kelab MLS Amerika, Los Angeles Galaxy dengan kontrak enam bulan dengan pilihan tambahan satu tahun.
Milan menamatkan musim lalu dengan rentak 12 perlawanan tanpa kalah dalam Serie A untuk meraih tempat keenam, walaupun mereka masih gagal kembali ke Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama sejak 2014.
Ibrahimovic juga pernah bermain untuk Juventus dan Inter Milan di Itali selama kariernya yang terkenal dan membintangi Paris Saint-Germain di Perancis dan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris.
Dia memenangi empat gelaran Ligue 1 bersama Paris SG selama empat tahun yang mana dia menjadi penjaring gol terbanyak kelab, sebelum dipecahkan oleh Edinson Cavani. ‘Ibra’ juga menjulang trofi La Liga Sepanyol bersama Barcelona pada 2010, tiga gelaran liga bersama