PRODUK LASAK … Hytera Melancarkan Radio Lasak Dwi-mod Baharu PDC680 untuk Mempercepatkan Pengalaman Pintar Keselamatan Awam.
SHENZHEN: Hytera telah mengumumkan pelancaran radio lasak dwi-mod PDC680 baharu mereka. PDC680 itu menggabungkan sebuah radio DMR yang kritikal misi dengan sebuah telefon pintar berasaskan Android dalam satu peranti tunggal.
Ia memanfaatkan kuasa teknologi jalur sempit dan jalur lebar untuk menyediakan panggilan suara kritikal misi, penghantaran video dan kedudukan.
Siri radio lasak dwi-mod ini menampilkan Android 10 dan prestasi perkakasan lanjutan untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna.
PDC680 itu adalah merupakan sebahagian daripada portfolio radio lasak dwi-mod Hytera yang direka bentuk untuk kebolehgunaan yang mudah. Reka bentuk ergonomik pada tombol dan kekunci pintar serta reka bentuk modular pada Ul memudahkan bagi responden pertama untuk menyelesaikan tugasan dengan operasi menggunakan satu tangan.
Penarafan IP68 radio (rendam 2m di dalam air selama 4 jam) itu dan pensijilan ESD IEC Tahap 4 memastikan ia beroperasi dengan pasti di dalam persekitaran yang melampau.
Radio lasak profesional ini juga dibina untuk menyampaikan komunikasi radio tekan untuk cakap yang pantas dan boleh dipercayai dalam persekitaran yang keras dan tidak boleh diramalkan serta memberikan kenyaringan yang segar dan tidak pernah berlaku sebelum ini dengan pembatalan bising berasaskan Al – walaupun di pusat bandar yang paling bising.
Ia juga boleh bertukar secara automatik di antara rangkaian DMR dan rangkaian LTE. Mendaftarkan dengan kedua-dua rangkaian menggunakan ID yang sama, PDC680 boleh secara automatik bertukar kepada satu rangkaian optimum untuk menyampaikan komunikasi suara yang lancar dan boleh dipercayai di mana-mana, di dalam atau di luar.
PDC680 itu menggabungkan komunikasi kritikal misi yang dipercayai dengan keupayaan jalur lebar untuk aplikasi yang menyediakan maklumat penting bagi membantu pengguna keselamatan awam bertindak balas terhadap sebarang situasi.
Ini membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar dan video di tapak dan kemudian menghantarnya ke radio atau pusat arahan yang lain dalam masa nyata untuk meningkatkan kesedaran keadaan. Peranti ini turut menampilkan Smart MDM, yang membolehkan pengguna menguruskan radio dalam kelompok.
Pintar, intuitif dan lasak, PDC680 berprestasi dengan pasti, walaupun dalam keadaan yang paling mencabar, membantu responden pertama bekerja dengan selamat dan melindungi nyawa.
Sekarang, dengan pengeluaran PDC680 ke pasaran global, Hytera berpegang kepada cita-cita mereka untuk mempunyai sebuah perniagaan yang berdaya maju di dalam pasaran radio konvergen.
Barisan produk radio lasak dwi-mod Hytera kini termasuk radio tangan PDC680, PTC680, PTC760 dan PDM680. Semua radio lasak dwi-mod kini dikemas kini kepada Android 10, dengan memberikan pengguna dengan cara baharu untuk mengawal privasi, menyesuaikan radio dan menyelesaikan tugas mereka. – Bernama