Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hujan lebat landa Selatan China, cetus amaran banjir di Guangdong
  • GLOBAL

Hujan lebat landa Selatan China, cetus amaran banjir di Guangdong

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEORANG penunggang motosikal meredah hujan lebat di Guangzhou, Wilayah Guangdong selatan China, 15 Mei 2026. Foto AGENSI

GUANGZHOU: Hujan lebat melanda beberapa kawasan di wilayah Guangdong, selatan China dari Khamis hingga Jumaat, sekali gus mendorong pelaksanaan respons kecemasan kawalan banjir dan menyebabkan takungan air di beberapa kawasan bandar, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa meteorologi berkata Pekan Duanfen di Bandar Jiangmen merekodkan taburan hujan sebanyak 310.5 milimeter (mm), tertinggi di wilayah itu dalam gelombang ribut terbaru.

Pada tengah hari Jumaat, awan gelap berkumpul dengan pantas di pusat bandar Guangzhou, ibu negeri wilayah itu, ketika hujan lebat melanda bandar berkenaan sehingga menyebabkan beberapa jalan ditenggelami air buat sementara waktu.

Menurut Pihak Berkuasa Air Guangzhou, stesen pemerhatian Taman Renmin di Daerah Yuexiu merekodkan taburan hujan sejam sebanyak 117.6mm pada 2.00 petang, tertinggi pernah direkodkan di stesen itu.

“Jumlah itu bersamaan dengan jumlah hujan yang biasanya diterima kawasan berkenaan dalam tempoh satu atau dua hari,” kata seorang pegawai.

Menjelang 8.00 malam Jumaat, agensi itu menggerakkan 1,722 anggota respons kecemasan bagi menangani takungan air.

Balai cerap meteorologi Guangdong meramalkan lebih banyak hujan dari malam Jumaat hingga Ahad di barat Guangdong, Delta Sungai Mutiara dan kawasan pesisir di timur Guangdong.

Pihak berkuasa hidrologi memberi amaran bahawa paras air di beberapa sungai kecil dan sederhana boleh meningkat antara dua hingga enam meter.

Ketua peramal di pusat iklim wilayah itu, Li Zhihui menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar ketika hujan lebat dan menjauhi kawasan cerun bukit, tebing sungai serta kawasan rendah yang berisiko banjir.

Balai cerap kebangsaan China pada Jumaat memperbaharui amaran biru bagi ribut hujan dan cuaca perolakan kuat, dengan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di barat laut, barat daya dan selatan negara itu.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan, beberapa kawasan di lembangan Sichuan dan pesisir Guangdong dijangka menerima hujan sangat lebat sehingga 180mm. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Tiada rancangan kenakan cukai ke atas perjalanan ke luar negara – PM India
Next: Letupan, kebakaran kilang papan di Maine, AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.