Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hujan lebat jejaskan perkhidmatan Shinkansen, 139,000 penumpang  
  • GLOBAL

Hujan lebat jejaskan perkhidmatan Shinkansen, 139,000 penumpang  

Utusan Sarawak 7 months ago

TOKYO: Sebanyak 88 perkhidmatan kereta api laju Sanyo Shinkansen dibatalkan manakala 229 perkhidmatan ditangguhkan sehingga enam jam, menjejaskan kira-kira 139,300 penumpang semalam, lapor Agensi Berita Kyodo memetik pengendali JR West.

JR West hari ini menyatakan bahawa hujan di beberapa bahagian mencapai tahap maksimum untuk operasi selamat antara Shin-Osaka dan Hakata di barat Jepun pada pagi hari sebelumnya, namun perkhidmatan disambung semula selepas pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan.

Hujan lebat semalam menjejaskan semua perkhidmatan shinkansen antara Hakata dan Tokyo, dengan agensi cuaca menggesa orang ramai berwaspada susulan hujan dijangka berterusan sepanjang cuti hujung minggu tiga hari itu.

Agensi Meteorologi Jepun berkata cuaca dijangka bertambah baik hari ini,  namun masih memberi amaran risiko limpahan sungai dan tanah runtuh. – Bernama – Kyodo

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Harris peroleh kelebihan pertama di Michigan
Next: EU siap untuk perubahan sokongan AS terhadap Kiev jika Trump menang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.