Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hujan berterusan tahap buruk serta waspada hingga Ahad – MetMalaysia
  • NASIONAL

Hujan berterusan tahap buruk serta waspada hingga Ahad – MetMalaysia

Utusan Sarawak 4 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Sabah membabitkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini, turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Johor bermula esok hingga Ahad membabitkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga Sabtu ini manakala di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat hingga esok.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di empat negeri hingga Ahad ini.

Jabatan itu memaklumkan Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak hingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) turut dikeluarkan MetMalaysia bagi kawasan perairan Sarawak dengan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmj dan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku hingga Ahad ini.

Keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Ahad dan keadaan itu berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Banjir: Jumlah mangsa di Johor berkurangan, di Sarawak meningkat
Next: KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.