Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hubungan baik dengan kuasa besar tidak gadai prinsip negara – PM
  • NASIONAL

Hubungan baik dengan kuasa besar tidak gadai prinsip negara – PM

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis Ceramah Umum Pakatan Harapan bertajuk Keadilan Untuk Bangsa Johor di Bukit Bakri hari ini. Foto Bernama

MUAR: Hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat tidak pernah menghakis pendirian Malaysia dalam mempertahankan prinsip nasional berkaitan isu di peringkat antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia mengamalkan dasar berkawan dengan semua negara namun kekal tegas dalam mempertahankan kepentingan nasional termasuk berkaitan isu perdagangan, pelaburan dan penguatkuasaan undang-undang.

“Kita berkawan dengan semua namun tetap berpegang pada prinsip kita. Dia (Israel) buat tak betul terhadap Gaza, kita cakap tak betul,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) bertajuk ‘Keadilan Untuk Bangsa Johor’ di sini malam ini.

Anwar berkata hubungan erat dengan China misalnya membawa manfaat kepada Malaysia dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pendidikan namun kerajaan tetap tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang negara.

“Kita baik dengan China sebab China baik dengan kita… kita boleh berdagang, boleh berniaga dan menghantar anak-anak belajar di sana… tetapi kalau ada pihak yang melanggar peraturan dan berniaga tanpa permit, kita tetap ambil tindakan… kita berkawan tetapi kita jaga kepentingan negara,” katanya.

Anwar berkata hubungan baik yang dibina dengan pelbagai negara termasuk Pakistan, Arab Saudi, Turkiye, Mesir, China dan Amerika Syarikat membolehkan Malaysia memainkan peranan lebih berkesan di peringkat antarabangsa tanpa mengorbankan kepentingan nasional.

Beliau berkata kedudukan Malaysia yang semakin dihormati di peringkat antarabangsa dapat dilihat apabila negara berjaya menarik kehadiran pemimpin utama dunia sejak kebelakangan ini termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Malah katanya, walaupun Malaysia bukan sebuah negara besar, para pemimpin dunia seperti Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri China Li Qiang memilih untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menolak kritikan sesetengah pihak terhadap pendekatan diplomasi mesra yang diamalkan beliau ketika menerima kunjungan pemimpin asing.

Sebaliknya, beliau berkata hubungan baik antara pemimpin negara penting dalam memperkukuh kerjasama dan membuka lebih banyak peluang kepada Malaysia.

“Keutamaan saya ialah menjaga kepentingan rakyat Malaysia dan memastikan negara terus dihormati di peringkat dunia,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: PM berlepas ke Rusia esok, bawa agenda jamin bekalan minyak negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.