Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • HSN2021 galak hidup sihat
  • TEMPATAN

HSN2021 galak hidup sihat

Utusan Sarawak 4 years ago
AMANAT MAYA… Ir Ahmad Denney ketika menyampaikan amanat sempena Hari Sukan Negara untuk masya- rakat di Bahagian Limbang.

LIMBANG: Hari Sukan Negara 2021 (HSN) merupakan landasan terbaik menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif melalui amalan kecergasan dan rekreasi sekali gus menjadi budaya hidup.

Residen Bahagian Limbang, Ir. Ahmad Denney  Ahmad Fauzi berkata, HSN2021 perkembangan teknologi digital masa kini telah memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi terkini dalam berbagai aspek kehidupan.

“Oleh demikian, kerajaan berhasrat bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan, tetapi menitikberatkan penglibatan bersama dalam aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat tanpa mengira umur, bangsa dan agama,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi siaran rakaman HSN2021 secara maya di Limbang, semalam.

Jelas nya lagi,HSN turut berperanan meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal masyarakat serta mengenal pasti bakat sukan, meningkatkan produktiviti serta menjana kesejahteraan komprehensif selain memupuk semangat perpaduan negara.

Menurutnya, pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang akan dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang sempena Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Bahagian Limbang yang bermula pada 1 hingga 10 Oktober lepas.

Katanya,HSN2021 diadakan secara virtual, hibrid dan tertutup berdasarkan garis panduan (SOP) pandemik COVID–19 dan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti ini berpandukan norma baharu.

Ahmad Denney  dalam pada itu mahu  semua masyarakat di Daerah Limbang dan  Daerah Lawas supaya mengaktifkan diri dan menyahut cabaran HSN 2021 ke arah masyarakat berbudaya sukan,sihat dan cergas.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Ilmu Masyarakat dalam Menyantuni Pandemik
Next: Fatimah bantah kenyataan Soon Koh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.