Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • HSL peroleh kontrak bina Institut Latihan di Sarawak
  • BISNES

HSL peroleh kontrak bina Institut Latihan di Sarawak

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR: Hock Seng Lee Bhd (HSL) telah memperoleh kontrak bernilai RM130.7 juta bagi pembinaan Institut Latihan Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak di Petra Jaya, Kuching daripada kerajaan Sarawak.

Syarikat pembinaan yang berpangkalan di Sarawak itu berkata, skop kerja termasuk kerja-kerja infrastruktur, cerucuk, bangunan pentadbiran dan blok penginapan serta kerja-kerja mekanikal dan kejuruteraan berkaitan.

“Tempoh pelaksanaan kontrak selama 27 bulan dan kerja pembinaan fizikal dijangka bermula pada April 2021,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan HSL apabila projek itu berjalan dalam tempoh kontrak.

Bagaimanapun, urus niaga tersebut tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham HSL yang besar.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia kekalkan cukai eksport MSM pada 8 peratus
Next: Adaptasi pendigitalan dalam pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.