NEW YORK: Industri perho- telan di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan kehilangan li- ma juta pekerjaan sejak Fe- bruari, kesan daripada Co- vid-19 yang turut meragut hampir 210,000 nyawa di ne- gara ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik statistik terkini.
Kadar penginapan bilik hotel pada Ogos di AS adalah 48.6 peratus, turun 31.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dan kadar-nya terus menurun kepada 48.5 peratus pada minggu kedua September, kata STR, badan swasta yang menyediakan penanda aras data, analisis dan pandangan pa- saran untuk sektor hospitaliti global.
Sementara itu, menurut Per- tubuhan Hotel Mewah Anta- rabangsa (ALHI), hanya 38 pe- ratus orang di AS yang bercadang untuk bercuti pada 2020, berbanding 70 peratus pada tahun kebiasaan.
Kira-kira tiga per empat hotel di Amerika sedia untuk memberhentikan lebih banyak kakitangan semasa pandemik, sekiranya tiada sebarang bantuan lagi daripada pemerintah dalam waktu terdekat, kata ALHI.
Sesuai dengan kadar pe- nginapan dan tahap pen- dapatan saat ini, dua pertiga hotel di AS hanya mampu ber- tahan selama enam bulan beroperasi tanpa bantuan baharu dari kerajaan, tambahnya.
Pangkalan data banci STR untuk tahun berakhir 2015 menunjukkan kira-kira 5 juta bilik hotel di lebih dari- pada 52,000 hartanah di AS. – Bernama