Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hospital Sibu terima mesin haemodialysis dari WTK
  • TEMPATAN

Hospital Sibu terima mesin haemodialysis dari WTK

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH… Dr. Rachel Teng (tiga kiri) secara simbolik menerima satu set mesin haemodialysis dan ‘reverse osmosis’ daripada Datin Sri Annie Wong (tiga kanan) sambil disaksikan oleh Senator Robert Lau (tengah).

SIBU: Kumpulan WTK menyumbangkan satu set mesin ‘haemodialysis’ dan ‘reverse osmosis’ berharga RM80,000 kepada Hospital Sibu.

Peralatan ini disampaikan oleh Pengarah Kumpulan WTK, Datin Sri Annie Wong kepada Timbalan Pengarah Hospital Sibu Dr Rachel Teng di Hospital Sibu, Isnin lalu.

Senator Robert Lau yang hadir pada majlis penyerahan peralatan terbabit memuji Kumpulan WTK kerana bertindak balas sekali lagi untuk membantu peralatan di Hospital Sibu.

“Kita harus berterima kasih kepada WTK kerana sekali lagi melaksanakan tanggungjawab untuk membantu menyumbangkan peralatan di Hospital Sibu.

“Ini merupakan salah satu peralatan perubatan penting untuk pengurusan wabak Covid-19 di Hospital Sibu,” katanya kepada pemberita setelah selesai upacara penyerahan peralatan terbabit.

Lau menambah, selain berterima kasih kepada Kumpulan WTK, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada kakitangan Hospital Sibu kerana terus bekerja dengan baik dan berkerjasama dengan sektor swasta.

Dalam pada itu, Lau meminta orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga buah pinggang mereka dan juga mencegah komplikasi kesihatan yang lain.

Dalam perkembangan lain, Lau mengulangi seruannya agar orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelakkan Covid-19.

Oleh NURZILLA MOHAMAD

Continue Reading

Previous: Lima suspek guna jalan tikus diberkas
Next: 947 keluarga terima bantuan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.