Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hospital Miri kesan waris Allahyarham Narawi Bin Moh Seng
  • SEMASA

Hospital Miri kesan waris Allahyarham Narawi Bin Moh Seng

Utusan Sarawak 3 months ago
CARI WARIS… Hospital Miri berusaha mengesan waris atau ahli keluarga kepada Allahyarham pesakit lelaki yang tidak mempunyai identiti diri dan hanya mengenalkan dirinya sebagai Narawi Bin Moh Seng.

MIRI: Hospital Miri kini sedang berusaha mengesan waris atau ahli keluarga kepada Allahyarham pesakit lelaki yang tidak mempunyai identiti diri, dan hanya mengenalkan dirinya sebagai Narawi Bin Moh Seng.

Menurut jurucakap Hospital Miri menerusi satu kenyataan hari ini, merujuk kepada laporan, Allahyarham telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Miri sebelum dimasukkan ke Wad Pembedahan Lelaki pada 12 Jun 2024.

Allahyarham Narawi meninggal dunia pada 17 Januari 2025, pada 12.20 pagi.

“Sehingga kini, tiada waris atau mana-mana individu yang tampil untuk memberi maklumat berkenaan Allahyarham.

“Maklumat yang diperolehi adalah alamat terakhir Allahyarham iaitu di Old Man Street, Miri,” katanya.

Sehubungan itu, pihak Hospital Miri memohon waris ataupun orang ramai yang mengenali Allahyarham untuk menghubungi Jabatan Perubatan Forensik di talian 085-460600 pada waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat, dengan kadar segera.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu TVET, projek tembatan banjir, perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: Sidang Kemuncak Pemimpin Lions ASEAN hari ini hingga Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.