Hospital Bintulu kemas kini nombor telefon Klinik Mata, ENT

Facebook
WhatsApp
NOTIS makluman.

BINTULU: Hospital Bintulu mengemas kini nombor telefon Klinik Mata (Oftalmologi) dan Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) bagi memudahkan urusan komunikasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Menurut kenyataan hospital berkenaan, orang ramai yang ingin membuat pertanyaan, mendapatkan maklumat atau berurusan berkaitan janji temu diminta menggunakan nombor telefon baharu yang disediakan.

Klinik Mata (Oftalmologi) kini boleh dihubungi menerusi talian 086-859 146, manakala Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) melalui talian 086-859 164.

Hospital Bintulu memaklumkan penukaran nombor telefon itu bertujuan memudahkan urusan komunikasi dengan pelanggan, selain mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan mengemas kini nombor telefon berkenaan bagi memastikan urusan dengan kedua-dua klinik dapat dilakukan dengan lancar.

Oleh Carolyne Utih