Hospital Bintulu galakkan pembayaran tanpa tunai di Kaunter Hasil

Facebook
WhatsApp
NOTIS makluman.

BINTULU: Hospital Bintulu menggalakkan orang ramai menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) di Kaunter Hasil sebagai usaha mempercepat urusan pembayaran serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Menurut satu kenyataan, pelanggan disaran membuat pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit kerana kaedah itu lebih cepat, mudah dan selamat.

Bagaimanapun, pembayaran secara tunai masih diterima bagi pelanggan yang tidak mempunyai kad debit atau kad kredit

Hospital Bintulu turut merakamkan penghargaan atas kerjasama orang ramai dalam menyokong pelaksanaan pembayaran tanpa tunai, yang dijangka dapat melancarkan urusan di Kaunter Hasil dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

Oleh Carolyne Utih