Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Hos tong gas terbakar, pemilik rumah bertindak cekap padamkan api
  • KEBAKARAN

Hos tong gas terbakar, pemilik rumah bertindak cekap padamkan api

Utusan Sarawak 10 hours ago
KESAN KEBAKARAN….Kesan kebakaran hos tong gas di salah sebuah rumah di Lorong 8B, Jalan Rejang. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas pemilik rumah berjaya memadamkan kebakaran hos tong gas di rumahnya, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.36 petang. 

“Setelah tindak balas terhadap panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Unjah Janggau bergegas ke lokasi kebakaran di Lorong 8B, Jalan Rejang. 

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran hanya melibatkan hos tong gas dan kebakaran telahpun dipadamkan oleh pemilik rumah sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. 

Katanya, kebakaran juga tidak melibatkan struktur bangunan. 

“Pasukan bomba hanya membuat pemantauan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api. 

“Anggaran keluasan yang terbakar adalah lima peratus dan tiada melibatkan mangsa di lokasi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Jentera berat musnah terbakar di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.