Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hope Place komited bantu keluarga memerlukan
  • TEMPATAN

Hope Place komited bantu keluarga memerlukan

Utusan Sarawak 11 months ago
WAKIL daripada Hope Place menghantar bantuan makanan asas kepada Supan Senoi (tengah) di rumah kediamannya di Kampung Gayu, Padawan. 

KUCHING: Hope Place komited untuk meneruskan bantuan makanan asas secara berkala kepada keluarga Supan Senoi selepas kehilangan suaminya, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, Supan yang berusia 39 tahun telah meninggal dunia pada Mei lalu akibat komplikasi kesihatan dan meninggalkan Supan dan ibu mertuanya serta dua orang anaknya yang masih bersekolah. 

“Hope Place sebenarnya telah membantu keluarga ini sejak 2019 kerana arwah suaminya, Lifit, cacat akibat masalah kesihatan. Keluarga tersebut menetap di Kpg. Gayu, Padawan.

“Supan pernah bekerja sepenuh masa sebagai tukang cuci, tetapi apabila suaminya sakit gout, dia hanya bekerja sambilan dan ketika di hospital, Supan berhenti kerja sepenuhnya. Anak-anaknya, berumur 11 dan 16 tahun bergantung kepadanya, manakala ibu mertuanya cacat fizikal.

“Oleh itu, kini terpulang kepada Supan sahaja untuk menjadi penyedia pendapatan, melakukan semua kerja rumah, memastikan anak-anaknya belajar dengan baik dan membantu ibu mertuanya.

“Ibu mentua Supan menerima RM300 sebulan daripada kebajikan masyarakat dan meringankan sedikit beban mereka. Hope Place terus menyokong keluarga ini dalam bantuan makanan asas secara berkala,” katanya. 

Untuk maklumat lanjut, Hope Place atau Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (PKHK) boleh dihubungi di talian 082-505987 atau 013-5672775. Semua sumbangan adalah dialu-alukan dan resit akan diberikan atas permintaan.

Sesiapa yang ingin menderma, boleh menderma terus ke akaun bank MBB: 511289001160 atau pergi ke halaman facebook Hope Place untuk mendapatkan kod QR Sarawak Pay / S PAY GLOBAL.

Continue Reading

Previous: Kewujudan CLQ pertama untuk projek KUTS bantu tingkat produktiviti pekerja
Next: Kuching City FC terima tajaan RM1 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.