Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hilang tempat tinggal sekelip mata
  • TEMPATAN

Hilang tempat tinggal sekelip mata

Utusan Sarawak 5 years ago
DIPADAMKAN… Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran yang berlaku di Kampung Muara Tebas, Jalan Bako.

KUCHING: Sebuah keluarga hilang tempat tinggal setelah rumah mereka musnah dalam satu kebakaran, sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Muara Tebas, Jalan Bako.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, laporan kejadian diterina pada 4.50 pagi, semalam.

“Pusat Gerakan Operasi Sarawak menerima laporan kecemasan daripada pemanggil melalui MERS 999, mengenai kebakaran rumah di alamat berkenaan dan menggerakkan keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal berkeluasan 21×8 kaki persegi itu terbakar 100 peratus,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 4.38 pagi dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada 5.50 pagi yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Bako.

“Semua penghuni rumah tersebut seramai 10 orang berjaya keluar.

“Kebakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan,” katanya.

Continue Reading

Previous: Patuhi SHMMP sempena Aidilfi tri, Gawai
Next: Lapan penjawat awam ditahan berjudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.