Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Hiking jadi riadah pilihan warga Miri
  • STAIL

Hiking jadi riadah pilihan warga Miri

Utusan Sarawak 5 years ago
MENCABAR… Aktiviti mendaki Bukit Kanada di Miri tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang.

MIRI : Aktiviti “hiking” menjadi pilihan ramai orang tidak kira tua dan muda untuk bersenam dan bersukan.

Maka tidak hairanlah Bukit Kanada yang terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Miri kini dikunjungi ramai orang terutamanya pada waktu petang untuk melakukan aktiviti pendakian.

Aktiviti “hiking” ini memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan dari segi mental dan fizikal.

Menurut kajian daripada Stanford University pada tahun 2014, mendaki mampu meningkatkan mood seseorang, mengurangkan kebimbangan serta meningkatkan daya ingatan.

MENCABAR STAMINA

“Hiking”ini nampak mudah kerana hanya perlu mengikut trek tetapi menuntut stamina yang tinggi.

Seorang pekerja swasta,  Stephen Ringi, 38, berkata, pertama kali cuba hiking memang semput atau “pancit” dan  selalu bagi alasan tidak larat.

“Pada mulanya saya tidak suka hiking kerana sangat mencabar walaupun pun hanya memanjat bukit yang tidak terlalu tinggi.

“Tetapi lama-kelamaan saya rasa seronok, stamina pun meningkat dan tidak rasa semput lagi,” katanya.

Katanya,  aktiviti “hiking” kini  menjadi rutin hariannya kerana yakin ia adalah langkah paling tepat untuknya mendapatkan tahap kesihatan terbaik.

“Setiap individu mungkin mempunyai aktiviti senaman masing-masing  seperti berlari, main badminton dan sebagainya dan begitu juga dengan saya menjadikan “hiking” sebagai senaman.

Menurut Stephen, beliau mula berjinak dengan aktiviti “hiking” sejak setahun lalu.

 “Saya bukanlah individu mempunyai jadual bersenam konsisten setiap hari namun apa yang saya amalkan adalah mudah iaitu dengan bersenam mengikut kemampuan diri walaupun sekadar berjalan di trek di Bukit Kanada,” katanya.

JAGA PEMAKANAN

Stephen berkata, dia menetap satu gol dan matlamat untuk memastikan dia rajin melakukan aktiviti “hiking”.

“Matlamat saya adalah untuk menurutkan berat badan. Dulu berat badan saya lebih 102 kilogram  dan kini 75 kg.

“Mungkin kita boleh kurus, tetapi perubahan itu mungkin hanya sementara jika tidak menjaga pemakanan atau bersenam,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kuih Ros mudah dibuat, enak rasanya
Next: Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Seindah Niagara Fall

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.