Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Hendak seribu daya
  • BISNES

Hendak seribu daya

Utusan Sarawak 5 years ago
TERTARIK … Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Dennis Ngau ketika melakukan lawatan ke bangunan komersial yang dijadikan tempat menternak udang karang di Miri, baru-baru ini.

MIRI: Memulakan penternakan udang karang mini di tingkat tiga bangunan komersial bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia telah berjaya dilakukan oleh dua sahabat di sini.

Elvis Hii dan Willy Sim memulakan peternakan komersial tersebut di Pusat Komersial Lapangan Terbang di Miri kira-kira setahun yang lalu.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah baru-baru ini telah pelawat ladang penternakan tersebut bersama Ahli Dewan Undngan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau dan mereka kagum dengan hasilnya.

“Saya kagum dengan semangat keusahawanan anak muda kita sekarang, sebilangan besar dari mereka menjelajah ke bahagian tidak konvensional di sektor pertanian.

“Namun, mereka tahu apa yang mereka lakukan dan pergi untuk latihan serta menggunakan perkembangan teknologi dalam perniagaan mereka,” katanya.

Menurut Uggah, tidak mempunyai tanah untuk melibatkan diri dalam sektor tersebut bukan menjadi satu masalah kerana mereka memilih untuk menggunakan kedai.

“Ini ironi, kita mempunyai orang yang memiliki tanah tetapi membuat mereka sibuk memperjuangkan hak milik atau untuk menuntut tanah yang lebih besar lagi.

“Mereka gagal menggunakan tanah tersebut itu untuk mendapat sedikit pulangan.

“Tetapi pemuda yang tidak memiliki tanah ini, mereka memperoleh pendapatan bulanan yang baik,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Elvis, mereka mendapat permintaan yang baik untuk udang goreng karang yang mereka jual di dalam negara.

Jelasnya, mereka mendapatkan bahan induk dari sungai di bahagian itu.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Yayasan Bank Rakyat salur RM100,000
Next: Kaedah inokulasi teknik paku buluh, titisan tingkatkan hasil gaharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.