Helikopter terhempas ragut empat nyawa

Facebook
WhatsApp

JAKARTA: Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh, selepas helikopter MI-17 milik TNI, terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal, di Jawa Tengah.

Dalam kejadian 1.40 petang tadi itu, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI, dalam misi latihan penerbangan.

“Lima lagi cedera dalam kejadian itu,” kata Ketua Penerangan TNI Brig Jeneral Nefra Firdaus, dalam satu kenyataan hari ini.

Punca kejadian nahas helikopter buatan Russia itu, masih dalam siasatan- Bernama

Naratif kuasa asing dan optik PAS

APABILA Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, memilih pentas Muktamar Tahunan PAS ke-72 untuk mengungkit satu pertemuan yang didakwanya