Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Helikopter terhempas di hospital, empat maut termasuk doktor
  • GLOBAL

Helikopter terhempas di hospital, empat maut termasuk doktor

Utusan Sarawak 5 months ago

Pasukan penyelamat memeriksa bangkai helikopter yang terhempas di Mugla yang mengorbankan empat orang. Foto DHA/ AFP

MUGLA,Turkiye: Sebuah helikopter terhempas dekat hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.

Dua juruterbang, seorang doktor dan seorang petugas kesihatan maut apabila helikopter yang dinaiki terhempas di bangunan Hospital Latihan dan Penyelidikan di daerah Mentese, Mugla, lapor Agensi Anadolu.

Pasukan bomba, petugas kesihatan, polis serta Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) dikerahkan ke lokasi kejadian. 

Akbiyik berkata punca nahas sedang disiasat. 

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengesahkan bahawa tiada kerosakan di dalam hospital berkenaan. – Bernama-AA

Continue Reading

Previous: Tentera Laut AS tertembak jet pejuang sendiri di Laut Merah
Next: Pasukan Jepun lancar penyelidikan bolehkan manusia tinggal di bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.