Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Helikopter terhempas di Gujarat, 3 terbunuh
  • GLOBAL

Helikopter terhempas di Gujarat, 3 terbunuh

Utusan Sarawak 4 months ago

Saluran televisyen tempatan menyiarkan rakaman asap hitam tebal yang kelihatan daripada helikopter yang terhempas di lapangan terbang Porbandar.

NEW DELHI: Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai India terhempas pada Ahad di negeri Gujarat, barat India, mengorbankan semua tiga kru termasuk dua juruterbang, menurut polis, lapor Xinhua.

Helikopter Ringan Terkini (ALH) Dhruv itu terhempas semasa penerbangan latihan rutin di lapangan terbang Porbandar, kira-kira 416 km ke barat Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.

Menurut pegawai, helikopter berkenaan mengalami masalah teknikal sebelum terhempas.

Ketiga-tiga kru segera dikeluarkan dari lokasi kejadian dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan melecur teruk selepas helikopter itu terbakar sejurus terhempas.

“Malangnya, semua tiga kru meninggal dunia berikutan kemalangan ini,” kata pegawai kanan polis Porbandar, Bhagirath Singh Jadeja.

Menurut Jadeja, kemalangan berlaku sekitar jam 12.10 tengah hari (waktu tempatan) ketika helikopter itu cuba mendarat di lapangan terbang Porbandar.

Polis India dan Pengawal Pantai sedang menyiasat punca nahas itu, katanya.

Saluran televisyen tempatan menyiarkan rakaman asap hitam tebal yang kelihatan daripada helikopter yang terhempas di lapangan terbang itu. – BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Jerman: 120 penerbangan dibatalkan akibat cuaca buruk
Next: Polis Indonesia laksana sistem mata demerit lalu lintas tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.