Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas di Australia

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Helikopter tentera V-22 Osprey

MOSCOW: Helikopter tentera V-22 Osprey, yang membawa kira-kira 20 anggota marin AS, terhempas semasa latihan Predators Run di luar pantai bandar Darwin di utara Australia, Sputnik memetik laporan Sky News Australia hari ini, memetik sumber.

Nahas helikopter itu berlaku pada 01:30 GMT di Pulau Tiwi, lapor penyiar itu menambah insiden tersebut mungkin mengorbankan nyawa.

Penyiar ABC melaporkan beberapa anggota telah diselamatkan selepas nahas itu dan tiada laporan awal mengenai kemalangan jiwa.

Latihan itu, yang melibatkan tentera dari Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Filipina dan Timor-Leste, akan digantung susulan nahas itu, kata laporan tersebut. – Bernama – Sputnik

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada