Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hebahan mesej ‘bantuan SARA untuk semua’ palsu – MOF
  • NASIONAL

Hebahan mesej ‘bantuan SARA untuk semua’ palsu – MOF

Utusan Sarawak 1 day ago
KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menegaskan bahawa hebahan mesej berkenaan bantuan ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua’ adalah palsu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa hebahan mesej berkenaan bantuan ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua’ adalah palsu.

 Selain itu, tiada sebarang permohonan diperlukan untuk SARA, jelas kementerian itu di platform media sosial Instagram.

Ia berkata bantuan SARA sebanyak RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan mesej palsu seumpama ini di media sosial. Tidak pasti, jangan klik dan elak jadi mangsa penipuan,” kata MOF.

Bantuan SARA itu boleh dibelanjakan di kedai-kedai terpilih bermula 31 Ogos sehingga 31 Disember, 2025.

Sehubungan itu, pengguna disaran mengikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat lanjut mengenai bantuan berkenaan.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia sedang giat berunding dengan AS, sasar tarif bawah 20 peratus – Tengku Zafrul
Next: 600 pegawai perubatan mahu pindah keluar dari Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.