Hebahan mesej ‘bantuan SARA untuk semua’ palsu – MOF

Facebook
WhatsApp
KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menegaskan bahawa hebahan mesej berkenaan bantuan ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua’ adalah palsu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa hebahan mesej berkenaan bantuan ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua’ adalah palsu.

 Selain itu, tiada sebarang permohonan diperlukan untuk SARA, jelas kementerian itu di platform media sosial Instagram.

Ia berkata bantuan SARA sebanyak RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan mesej palsu seumpama ini di media sosial. Tidak pasti, jangan klik dan elak jadi mangsa penipuan,” kata MOF.

Bantuan SARA itu boleh dibelanjakan di kedai-kedai terpilih bermula 31 Ogos sehingga 31 Disember, 2025.

Sehubungan itu, pengguna disaran mengikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat lanjut mengenai bantuan berkenaan.

-Bernama

MEF sambut baik kelonggaran gaji minimum PMKS

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyambut baik keputusan kerajaan memberikan kelonggaran kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada kenaikan

Kemas Limbang lahir masyarakat celik ilmu

LIMBANG: Program Graduasi Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bahagian Limbang berupaya melahirkan masyarakat berilmu sekali