Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hawana 2025 diadakan Jun ini
  • NASIONAL

Hawana 2025 diadakan Jun ini

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAH SUMBANGAN… Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada Veteran Berita Harian, Akmal Abdullah (kanan) ketika majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri, Kuala Lumpur hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata tarikh sebenar penganjuran program bagi meraikan pengamal media itu akan diumumkan kelak.

“Ada beberapa perkara lagi sedang Kementerian Komunikasi teliti (berkenaan penganjuran Hawana), insya-Allah, sempena sambutan itu nanti, kita akan ada beberapa pengumuman besar yang dapat membantu rakan-rakan media kita,” katanya kepada pemberita hari ini.

Fahmi ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan pengamal media pada majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.

Pada 23 Januari lalu, Fahmi dilaporkan berkata Hawana tahun ini akan menjadi platform untuk menghimpunkan organisasi media dari seluruh ASEAN bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama, selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri media.

JELASKAN… Datuk Fahmi Fadzil semasa ditemu bual selepas majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri, di Kuala Lumpur hari ini. – Foto Bernama

Beliau berkata Hawana akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: PERKESO: RM4.23 juta untuk suri rumah
Next: Elaun Ahli Parlimen boleh cecah RM40,000 sebulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.